Isnin, 28 November 2011

GULAI DAGING TERENGGANU


GULAI DAGING TERENGGANU

Bahan
500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan]
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang [brown sugar]
2 keping asam keping
minyak
garam

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
7 ulasa bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendideh masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.


Rabu, 3 Ogos 2011

Resepi Ayam Masak Kurma




Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam dipotong ikut citarasa
Bahan Untuk DiKisar:
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 biji cili hijau
1 inci halia
1 inci kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 peket kecil serbuk rempah kurma Adabi (dibancuh dengan air)
1 batang serai (dititik)
1 keping asam jawa
2 biji buah keras (ditumbuk)
1 biji kentang (dibelah 4)
1 biji bawang besar (dibelah 4)
1 biji buah tomato (dibelah 4)
1 biji cili hijau (dibelah)
1 mangkuk santan
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, rempah ratus, halia dan serai hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kurma dan buah keras. Tambah sedikit air dan kacau.
3. Masukkan ayam dan kacau hingga ayam disaluti rempah dan bertukar warna agak keputihan. Tuangkan santan dan kacau sesekali hingga mendidih. Masukkan kentang dan masak sehingga kentang lembut.
4. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam dan gula.
5. Masukkan bawang besar dan cili hijau yang telah dibelah. Kacau sebentar dan hidang dengan nasi.

Jumaat, 15 April 2011

ASAM PEDAS IKAN PARANG


BAHAN2

Ikan parang siap dibersihkan dan dipotong kecil
bawang merah ditumbuk
bawang putih ditumbuk
cili merah/cili kering ditumbuk halus2
serai dan kunyit hidup ditumbuk halus2
lengkuas ditumbuk halus2
buah keras ditumbuk halus2
asam jawa
daun kesom
bunga kantan
bendi
garam secukup rasa
minyak masak
air

masuk kan minyak masak dalam kuali, panaskan, masukkan bahan2 tumbuk dan tumis sampai naik bau wangi, dah pecah minyak, masukkan air dan air asam jawa, kacau sampai mendidih baru masukkan ikan, dah masak masukkan bendi bunga kantan dan daun kesom, masukkan garam, dah siap.

Selasa, 1 Mac 2011

LEMAK UDANG GULAI KULIT RAMBAI


Buah di pokok rambai
Musim buah datang lagi, ada banyak durian muda gugur. Dijatuhkan monyet-monyet. Sayang membazir. Kalau dimakan tak apa juga. Walaupun begitu, isinya yang muda boleh dijadikan sayur. Masak lemak putih. Tapi hari ini tak ada mood nak buat itu semua. Sebab teringat masak lemak cili padi ikan dan  kulit rambai.
Rambai
Jadi hari ini nak masak ringkas. Tengok dalam peti ais ada udang dan sotong. Ambil setangkai rambai muda. ( Yang masak pun boleh ). Tumbuk dalam lesung untuk buang bijinya. Sebelum tu tanak nasi dulu, nanti lauk siap nasi pun dah masak.
Daun kunyit
 Petik daun kunyit kat belakang rumah, bilas, cuci bersih-bersih.


Masukkan santan kelapa dalam kuali/periuk/belanga. Kunyit hidup ditumbuk/ giling atau kunyit serbuk. Cili padi, bawang putih, merah ditumbuk/giling. Titik serai dan  Sedikit air.


Panaskan guna api kecil. Masukkan sotong dihiris kecil dan udang. Kemudian kacau selalu supaya tak pecah minyak.


Last masuk kan daun kunyit yang dihiris halus. Garam...dan sedikit perasa kalau mahu. Dah siap. Ok...sekarang mesti nak ada lawan yang sesuai. Baru selera banyak.

Ikan pekasam home made
Goreng ikan pekasam, atau ikan masin. Goreng bawang besar dihiris dan cili padi. Tabur atas ikan pekasam, dan perah asam limau.

Tapi kali ini simple je, tak ada tabur dan perah asam. Perut sudah lapar. Jangka masa siap 1/2 jam je. 

Ringkas/Simple
Ok, boleh lah makan...masak tak biasa bersukat2, main agak2 je...( kulit rambai sudah masam, jadi jangan letak asam lagi.)