Rabu, 4 November 2009

BAKSO


Bahan-Bahan½ kilogram daging cincang
3 ulas bawang putih dan dihiris
50 gram tepung sagu
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 biji putih telur
Sediakan1 mangkuk besar air mendidih
1 mangkuk air sejuk/air ais
Cara Penyediaan Bakso
1. Campur kesemua bahan dengan menggunakan tangan dan senduk sampai mesra dan tidak melekat.
2. Basahkan tangan dengan air, ambil campuran daging dengan tangan dan genggam dan keluarkan melalui celah jari telunjuk dan ibu jari.
3. Bulatkan bakso dengan sendok dan celupkan ke air panas mendidih sehingga terapung.
4. Pindahkan bakso yang terapung ke dalam air ais selama 5 minit. Lakukan sehingga selesai.
Kuah Bakso1. Sediakan air rebusan daging.
2. Tambahkan garam, merica, dan gula secukup rasa.
3. Setelah mendidih masukkan bakso tadi dan masak sebentar lagi.
Cara Sajian1. Sediakan mangkuk berisi mee kuning atau bihun yang sudah direbus.
2. tuang kuah sup dan baksonya, tabur potongan daun seleri dan bawang merah goreng.

Rabu, 7 Oktober 2009

Laksa Penang


Bahan-Bahan :
1 kg laksa (dicelur) 
1 kg ikan kembung 
2 batang bunga kantan 
5 keping asam gelugur 
10 biji cili padi 
1 tangkai daun kesum 
2 sudu besar otak udang 
2 batang serai (diketuk) 
4 liter air 
1 biji timun (dihiris) 
sedikit daun salad (dihiris) 
2 biji bawang besar (dihiris) 
2 sudu besar cili kisar 
4 biji telur rebus 
Garam secukup rasa 
Cara: 
1)Rebus ikan kembung hingga lembut. 
2)Buangkan tulangnya & kisar isi ikan hingga halus. 
3)Masukkan bawang besar, bunga kantan, serai, daun kesum, cili padi, cili kisar, asam gelugur, otak udang & air ke dalam periuk. 
4)Biarkan mendidih selama 20 minit. 
5)Kemudian masukkan isi ikan, garam & masak lagi selama 10 minit. 
6)Masukkan laksa ke dalam mangkuk & tuangkan kuah panas hingga penuh, bubuhkan salad, timun & telur rebus. 

Jumaat, 1 Mei 2009

OPOR DAGING




Bahan

1 kg daging [hirskan nipis dan bersihkan]
1 biji kelapa [4 cawan santan]
2 s/b kerisik

1 s/b gula perang atau gula merah lembut [soft brown sugar]

3 s/b rempah kari daging ]
1 s/k jintan manis ] gaulkan

1 s/k jintan putih ]

3 keping asam keping
minyak

garam



Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

3 biji buah pelaga 
5 kuntum bunga cengkih



Bahan Mesin
20 tangkai cili kering

15 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih
3 cm halia

2 cm lengkuas

3 batang serai



Cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.

2. Masukkan bahan mesin & rempah daging yg digaulkan dan kacau rata.
3. Masukkan daging dan kacau rata sehingga nampak naik minyak.

4. Masukkan santan dan biarkan reneh denagan api yg kecil sehingga mendideh dan daging lembut.

5. Masukkan gula, garam, asam keping dan kerisik dn kacau lagi. Biarkan naik minyak.

6. Hidangkan dengan nasi putih/minyak atau ketupat